Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar konsep Tasamuh yang menerapkan nilai toleransi serta kebersamaan dapat dipraktikkan Keluarga Malaysia, seterusnya menjadikan masyarakat di negara ini menghargai dan memahami nilai perbezaan.

Tasamuh yang bermaksud toleransi atau berlapang dada bukan sahaja sesuai diamalkan di dalam urusan ibadah, tetapi juga dalam kehidupan sesama kaum. Beliau berkata demikian sebelum merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini