Konsert Search Rockin Rooftop memukau, padu dan mantap mengimbau nostalgia yang dibarisi oleh gitaris Kid dan Din,  Denden Gonjalez selaku vokalis, Minn pemain Drum dan Yanto pemain Bass.

Berlangsung di Kompleks Campbell Jalan Dang Wangi malam tadi, ia mengimbau kembali nostalgia rockers, daripada imej pakaian kulit sehinggalah jualan kaset era 80an. 

3,000 peminat hadir dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Singapura dan Indonesia. 16 lagu dihidangkan dalam konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu.

Antara persembahan yang memukau peminat mereka sekitar tahun 1986 hingga 1996 ialah dari Album Fenomena, Rampage, Karisma, Rock N Roll Pie dan Mentari Merah di Ufuk Timur, Langit dan Bumi serta Gema Timur Jauh. Selain itu, ratu Rock Ella membuat penampilan khas menyampaikan dua buah lagu Melayar Bahtera dan Bayangan, berduet Denden. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini