Sebuah syarikat konsortium pertanian yang mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan pekerjanya maut dua tahun lalu didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Klang, hari ini.

Hakim Razali Ariffin menjatuhkan hukuman itu terhadap Sinergi Perdana Sdn Bhd.

Syarikat itu diwakili Pengurus Undang-undang dan Korporatnya, Siti Fairuz Kamis, 35 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
 
Mahkamah turut memerintahkan penjara 12 bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Mengikut pertuduhan, Sinergi Perdana sebagai majikan telah gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan dengan tidak menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk menjalankan aktiviti kerja kimpalan pada tapak motor elektrik ‘granulatorchute’ sehingga menyebabkan kemalangan maut kepada Jafri Jamaluddin, 41 tahun.
 
Kesalahan itu dilakukan di seksyen dua bahagian pengeluaran dalam kilang di kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada pukul 4.50 petang 19 Februari 2019. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini