Kontraktor kecil seperti G1, G2 dan G3 perlu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan khususnya mengenai penggunaan teknologi.

Jelas Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ia penting supaya golongan itu dapat bersaing bukan sahaja dalam projek-projek kerajaan malah projek diperingkat swasta.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angksapuri.

Tegasnya, kontraktor kecil juga perlu memajukan diri untuk ke peringkat yang lebih tinggi supaya kerajaan dapat mengimbangi peluang kepada pemain industri yang baharu menceburkan diri ke sektor itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini