Seorang kontraktor memberitahu Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bahawa dia pernah memberi wang tunai berjumlah RM200,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekitar tahun 2013 dan 2014.

Ia sebagai mengotakan janji selepas syarikatnya diberikan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli yang merupakan Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) berkata, wang itu sebahagian daripada rasuah yang diminta Lim Guan Eng melibatkan nilai 10 peratus daripada hasil keuntungan bersih yang diperoleh syarikatnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini