213 graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Doktor Kejuruteraan dan Ijazah Sarjana pada sesi pertama, Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) Ke -16. Penganugerahan tersebut disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam selaku Canselor UTeM. 

54 graduan daripadanya dianugerahkan Hadiah Akademik Pelajar Cemerlang. UTeM turut berbesar hati memberikan nombor plat eksklusif UTeM kepada lima graduan yang kini bergelar alumni. 
 
Timbalan Naib Canselor UTeM, Prof Dr Ghazali Omar berkata, biarpun terkesan dengan pandemik namun pelbagai kejayaan terus berjaya dilakar. 
 
Ini membuktikan kewujudan UTeM terus diiktiraf sebagai institusi Pengajian Tinggi TVET yang unggul dan berperanan penting dalam mendukung agenda pembangunan negara. 
 
Konvokesyen kali ini bakal menyaksikan hampir 3,000 graduan pelbagai peringkat pengajian akan menerima penganugerahan melalui 8 sesi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini