Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus.

Ini memberi manfaat kepada lebih 243,000 anggotanya melibatkan peruntukan RM5.8 juta.
 
Kadar dividen 2021 itu merupakan tertinggi pernah dicatat Koop Sahabat sejak penubuhannya pada tahun 2012.

Walaupun terkesan aktiviti perniagaan ekoran pandemik, pihaknya sentiasa mencari peluang baharu dalam usaha membantu ahli koperasi.

Koop Sahabat optimis untuk mengekalkan prestasinya sebagai koperasi terbaik negara selama 3 tahun berturut-turut dan kini berada dalam kelompok 10 koperasi terbaik di Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini