Koperasi masjid dan surau di seluruh negara disarankan mengubah strategi perniagaan dengan menumpukan sektor pengeluaran dan perniagaan barangan halal berskala besar.
 
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, ia boleh mampu dilaksanakan menerusi konsep ‘jamaah’, iaitu menjalinkan kerjasama dengan semua koperasi dan peruncit Bumpitera.

Beliau berkata, Angkasa menyasarkan penubuhan 10,000 koperasi kariah masjid dan surau bagi menjayakan hasrat tersebut.

Setakat ini, 511 masjid dan surau telah menubuhkan koperasi masing-masing namun jumlah tersebut masih rendah memandangkan negara mempunyai 6,300 masjid dan 13,000 surau.
 
Beliau ditemui media selepas merasmikan Kedai Projek Barang Asas 100 (BA100) Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman, Ketari di Bentong, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini