PBB menggesa supaya langkah-langkah keselamatan di jalan raya seluruh dunia dipertingkat.

Ia selepas rekod terbaharu menunjukkan berlaku kematian setiap 24 saat akibat nahas jalan raya.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa setiap negara, syarikat dan rakyat, menyokong usaha tempatan dan global bagi menjadikan jalan raya lebih selamat.

Ini terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang mencatat lebih 90 peratus kematian jalan raya di dunia. 

Guterres berkata demikian sempena sambutan Hari Peringatan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini