Korea Selatan dilaporkan bakal membina bandar terapung yang pertama di dunia.

Ia dijangka akan dibangunkan pada tahun 2025, di luar pantai wilayah Busan.

Menariknya, projek itu turut mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bandar tersebut dilaporkan berdaya tahan mendepani bencana alam seperti banjir, tsunami dan taufan kategori lima kerana platform terapungnya dipasak dengan kukuh pada dasar laut.

Projek terbabit dianggarkan menelan belanja kira-kira 200 juta dolar Amerika atau RM848 juta.

Bandar futuristik itu dianggarkan boleh menampung lebih 10,000 penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini