Korea Selatan akan mengekalkan arahan mewajibkan rakyatnya memakai pelitup muka selepas November ini biarpun kadar vaksinasi penduduk mencapai lebih 70 peratus dalam tempoh tersebut.

Berdasarkan langkah pencegahan yang stabil dan kadar vaksinasi tinggi,Presiden Moon Jae-In, optimis rakyat Korea Selatan akan beransur-ansur beralih kepada kehidupan normal mulai bulan depan.

Ketika ini kira-kira 35.9 juta daripada 51.3 juta populasi penduduk Korea Selatan divaksin sepenuhnya kelmarin, menepati prasyarat kerajaan untuk membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal.

Menyifatkan harapan untuk kembali kepada kehidupan normal sebagai sasaran utama, Jae-in juga menyatakan sokongan kepada peniaga kecil dan mereka yang terjejas akibat pandemik itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini