Korea Selatan berjaya melancarkan roket buatan sendiri Nuri dalam percubaan kali kedua memasuki orbit.

Roket Nuri seberat 200 tan berlepas dari Pusat Angkasa Naro di Goheung lebih kurang pukul 4 petang.

Korea Selatan merancang untuk melancarkan roket pada Khamis lalu, tetapi berdepan masalah teknikal sehingga terpaksa menangguhkan operasi itu.

Sekiranya Nuri berjaya memasuki orbit, Korea Selatan bakal menjadi negara ketujuh di dunia yang melancarkan roket dengan muatan satu tan ke angkasa lepas, selepas Rusia, Amerika Syarikat, Perancis, China, Jepun dan India.

Pelancaran ini merupakan yang kedua selepas percubaan pertamanya berakhir dengan kegagalan.

Pada Oktober lalu, Nuri berjaya terbang pada ketinggian sasarannya 700 kilometer tetapi gagal memasuki orbit kerana enjin peringkat ketiganya terbakar lebih awal daripada sepatutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini