Korea Selatan melancarkan roket buatan sendiri untuk ujian kali kedua ke angkasa lepas. Pelancaran tersebut adalah selepas lapan bulan ujian pertama, namun gagal meletakkan satelit ke orbit. Roket Nuri seberat 200 tan berlepas dari Pusat Angkasa Naro di Goheung.

Roket Nuri yang direka oleh Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea akan berada di orbit 600 hingga 800 kilometer di atas bumi.

Ia merupakan asas kepada rancangan negara itu untuk memulakan program angkasa lepas dan mencapai matlamat dalam rangkaian 6G, satelit pengintip dan juga probe bulan.

Sekiranya Nuri berjaya memasuki orbit, Korea Selatan bakal menjadi negara ketujuh di dunia yang melancarkan roket ke angkasa lepas selepas Rusia, Amerika Syarikat, Perancis, China, Jepun dan India. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini