Korea Selatan, negara Asia pertama merawat pesakit Covid-19 menggunakan pil antiviral ‘PAXLOVID’ keluaran Pfizer.

Pemberiannya kepada penduduk, bermula hari ini.

Kumpulan pertama 630,000 PAXLOVID, tiba di Republik itu semalam, sebelum di edar kepada 280 farmasi dan 90-Pusat Rawatan.

Agensi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Korea menyasarkan seribu pesakit Covid-19 menerima pil PAXLOVID sehari.

Keutamaan, kepada individu berisiko tinggi, termasuk warga emas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini