Di Korea Selatan, pihak bekuasa kesihatan yang mengendalikan ujian genom pada minggu lepas menemukan 14 peratus kes baharu Covid-19 dalam kalangan pesakit adalah varian Omicron.

Kadar kes Omicron itu meningkat daripada 2 peratus kepada 24 peratus dalam tempoh 3 minggu.

Kadar jangkitan tempatan di negara itu turut meningkat daripada 1 peratus kepada 12 peratus.

Ia sekaligus menyaksikan Omicron meningkat sama ada melalui kes import mahupun tempatan.

Pada minggu lepas sahaja, 9 daripada 10 kes import adalah jangkitan Omicron.

Melihat perkembangan itu, kertajaan menjangkakan Omicron akan menjadi lebih dominan dalam bulan ini lebih-lebih lagi menjelang Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun jumlah jangkitan COVID-19 dan pesakit kritikal menunjukkan trend penurunan.

Setakat 12 tengah malam Selasa 3,097 kes baharu direkodkan dengan 700 pesakit dikategorikan sebagai serius.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini