Korea Utara kini berdepan tekanan susulan wabak usus yang tidak dikenal pasti dilaporkan berlaku di kawasan pertanian negara tersebut, Haeju.

Situasi berkenaan melanda ketika Korea Utara berdepan kekurangan makanan kronik dan gelombang jangkitan COVID-19.

Menurut laporan agensi berita KCNA, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un difahamkan sudah mengarahkan penghantaran bantuan ke bandar pelabuhan barat Haeju kelmarin bagi mengatasi wabak berkenaan.

Bagaimanapun, tiada penjelasan mengenai mereka yang terjejas atau jenis penyakit berkenaan.

Wabak itu terjadi ketika Korea Utara mahu menangani jangkitan COVID-19 melalui pengisytiharan darurat bulan lalu, namun terdapat kebimbangan mengenai kekurangan vaksin dan bekalan perubatan.

Agensi perisik Korea Selatan sebelum ini memberitahu penggubal undang-undang bahawa penyakit bawaan air seperti kepialu sudah tersebar di Korea Utara sebelum mereka mengumumkan jangkitan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini