Korea Utara didakwa melepaskan beberapa das tembakan artileri.

Ia berlaku sehari selepas pemimpin tertingginya, Kim Jong Un berikrar mahu meningkatkan kuasa ketenteraannya.

Ketua Turus Bersama Seoul (JCS) mengesan beberapa penerbangan yang difahamkan sebagai tembakan dari artileri Korea Utara.

Justeru, tentera Korea Selatan akan tetap memperkukuh kerjasama melalui perjanjian dengan sekutunya, Amerika Syarikat

Tembakan artileri itu dilepaskan sekitar jam 8.07 pagi dan 11.03 pagi waktu tempatan, adalah jenis tradisional dengan jarak agak pendek dan pada altitud yang rendah.

Pejabat Keselamatan Presiden Korea Selatan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu tembakan berkenaan dan menegaskan akan bertindak balas terhadap provokasi dicetuskan Pyongyang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini