Korea Utara sekali lagi melalukan ujian peluru berpandu balistik buatannya. Kecaman dan kritikan pihak antarabangsa nyata tidak diendahkan Korea Utara.

Menurut agensi berita KCNA, ia merupakan pelancaran peluru berpandu balistik jarak pertengahan, Hwasong-12 yang membawa kepala peledak nuklear. KCNA dalam pada itu memaklumkan, ujian dilaksanakan dengan mengambil kira faktor keselamatan negara-negara berdekatan.

Kepala peledak peluru berpandu itu juga dipasang kamera bagi merakam imej ketika ia terbang. Kali terakhir peluru berpandu jenis tersebut dilancarkan adalah pada 2017.

Pyongyang menjalankan dua ujian senjata minggu lalu, dan telah menjalankan sekurang-kurangnya empat ujian senjata tambahan bulan ini, termasuk apa yang dipanggil peluru berpandu hipersonik pada 5 dan 11 Januari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini