Tiada kes positif COVID-19 dikesan di Korea Utara.

Menurut agensi berita Yonhap, pengesahan itu dibuat apabila Pyongyang sudah menjalankan ujian saringan terhadap 42,000 individu di negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, berdasarkan laporan mingguan COVID-19 , seramai 678 penduduk Korea Utara menjalani ujian saringan itu antara 8 hingga 14 Oktober lalu.

Namun, kesemuanya mencatat keputusan negatif.

Terdahulu, Korea Utara mendakwa negara itu bebas COVID-19, dengan melaksanakan langkah khusus bagi menyekat penularan virus termasuk kawalan sempadan yang ketat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini