Korea Utara didakwa menembak peluru berpandu balistik di luar pantai timurnya pada Rabu.

Korea Selatan melaporkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang dipastikan jenisnya.

Pelancaran itu menjadi yang pertama dalam tahun baharu bagi negara itu, dan berlaku beberapa hari selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar untuk terus membangunkan tentera bagi menangani situasi antarabangsa yang tidak stabil.

Pengawal pantai Jepun, yang pertama melaporkan pelancaran itu, berkata ia mungkin peluru berpandu balistik, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, Korea Utara melepaskan peluru yang tidak dikenali di luar pantai timur, tanpa mengulas lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini