Kerja-kerja baik pulih infrastruktur kritikal yang rosak akibat banjir besar melanda seluruh negara baru-baru ini dijangka selesai hujung bulan ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kos baik pulih meningkat kepada dua bilion ringgit berbanding anggaran awal, satu bilion.

Datuk Seri Fadillah memaklumkan anggaran kos melonjak kepada RM2 bilion berikutan pertambahan jumlah infrastruktur yang rosak akibat banjir dan pemeriksaan masih berterusan.

Katanya lagi tempoh kerja baik pulih bergantung sama ada infrastruktur yang rosak dikategori kritikal atau tidak kritikal.

Infrastruktur kritikal seperti jalan rosak, jambatan runtuh, runtuhan cerun akan diberi keutamaan dengan tempoh baik pulih perlu selesai dalam jangka pendek.

Infrastruktur yang akan dibaik pulih dalam jangka panjang pula membabitkan kerja meninggikan aras jalan, mengganti pembetung, baik pulih cerun dan menggantikan jambatan kekal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini