Kos mengerjakan haji akan diputuskan Kabinet dan diumumkan sebelum Januari tahun hadapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan akan meneruskan subsidi kepada jemaah haji, namun kadarnya bergantung kepada kemampuan kewangan Tabung Haji.

Kemungkinan kos haji akan datang meningkat jika mengambil kira ketetapan Arab Saudi yang menaikkan Cukai Nilai Tambah hingga 15 peratus selain pematuhan SOP baharu seperti bilangan individu di dalam hotel. Beliau ditemui selepas melancarkan Klinik Rohani PKRC di Hospital Tampin.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini