Peningkatan harga ayam kebelakangan ini berpunca daripada kos penternakan ayam dan permintaan yang tinggi disebabkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. Chong Fat Full berkata faktor berkenaan disebabkan penternak tidak dapat menjangkakan pembukaan fasa-fasa ini. Ketika ini, harga ayam di Johor berada sekitar RM9.80 sen sekilogram, naik 30 sen berbanding sebelum ini.

Namun situasi berkenaan mungkin kesan sementara sebelum harga barangan kembali stabil apabila bekalan berjaya ditingkatkan semula seiring permintaan. Beliau berkata demikian pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 di Di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini