Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.3 bilion meski selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C.

Menurutnya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, keputusan kerajaan Selangor akan memuktamadkan pembinaan jajaran ECRL sejauh 665 kilometer merangkumi 59 terowong serta beberapa jejambat panjang 127 kilometer.

Jajaran Utara ECRL akan memasukkan Serendah Bypass yang amat diperlukan untuk perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke dalam skop Projek ECRL.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Dokumen Seksyen C (Jajaran Utara) ECRL antara MRL dan syarikat China Communications Construction Company (CCCC).

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Selangor bersetuju menerima cadangan dan meluluskan Jajaran Seksyen C ECRL melibatkan Seksyen C1 dari Mentakab ke Gombak dan Seksyen C2 merangkumi Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini