Ratusan penduduk Turki mengadakan tunjuk perasaan membantah dasar ekonomi kerajaan Turki dan isu kos sara hidup yang meningkat.

Bantahan berlaku ketika negara itu  berdepan peningkatan inflasi yang menjejaskan kuasa membeli orang ramai.

Penunjuk perasaan yang majoritinya ahli kesatuan memenuhi jalanan di daerah Kadikoy, Istanbul.

Mereka melaungkan slogan menggesa Presiden Recep Tayyip Erdogan meletak jawatan.

Kadar inflasi tinggi mendorong kepada kadar pengangguran yang tinggi, penurunan nilai matawang Lira, disusuli dengan siri pemotongan kadar faedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini