Memahami kekangan kewangan akibat pandemik, pelbagai usaha dilaksanakan. Antaranya pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus yang dilanjutkan sehingga Jun 2022.

Selain itu, projek perumahan golongan berpendapatan rendah diteruskan dengan nilai keseluruhan RM1.5 bilion selain penyediaan Skim Jaminan Kredit Perumahan. Bagi kemudahan akses pengangkutan luar bandar, tumpuan diberikan meliputi semua sektor pengangkutan termasuk udara, tren dan bas.

Turut diberi perhatian termasuk projek jalan, bekalan air dan elektrik untuk penduduk luar bandar dan desa serta pemasangan lampu jalan kampung.  Peruntukan terbesar bagi tujuan ini adalah di Sabah dan Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini