Konflik Rusia-Ukraine akan memberi kesan kepada Singapura dari aspek kos tenaga.

Harga minyak bagi petrol dan diesel  dijangka naik, disertai kadar elektrik baik untuk perniagaan mahupun isi rumah.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong berkata, harga tenaga akan melonjak ketara kerana ia mengimport kebanyakan keperluan tenaganya.

Krisis juga akan menyebabkan Singapura berisiko kehilangan nilai dalam pelaburan.

Jelasnya dengan sekatan dikenakan terhadap Rusia oleh pelbagai negara dan gangguan pada bekalan, harga sedunia bagi tenaga dan produk lain dijangka meningkat pada minggu-minggu mendatang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini