Kos menunaikan haji dijangka meningkat sehingga 50 peratus kepada RM30,000 berbanding RM23,000 sebelum ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata peningkatan  disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) di perkenal Arab Saudi naik, kepada 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.

Bagaimanapun jumlah tepat anggaran kos sebenar belum di muktamadkan.

Perkara itu  hanya akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.
 
Beliau di temui  selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Kota Bharu.

Datuk Ahmad Marzuk turut memaklumkan, pihaknya akur dengan segala keputusan kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota sedia ada iaitu 30,000 jemaah atau dikurangkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini