Piala AFF Suzuki 2020.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kegagalan menangani corak permainan berintensiti tinggi menjadi faktor utama anak buahnya tunduk 1-4 kepada musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan B malam tadi. 

Katanya, skuad negara gagal untuk bangkit pada aksi wajib menang itu walaupun beraksi dengan baik dalam 15 minit pertama, yang mana menyaksikan mereka berjaya membuka tirai jaringan menerusi rembatan R. Kogileswaran pada minit ke-12.

Namun, jelasnya, kehilangan dua tonggak pertahanan, iaitu Kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Shahrul Mohd Saad akibat kecederaan, menyebabkan benteng negara terlalu rapuh sehingga dibolosi 4 gol.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini