Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengadakan program libat urus dengan penggiat indusri rantaian bekalan ayam negara bagi menentukan harga siling ayam yang baharu.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, libat urus berkenaan diadakan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai keputusan kerajaan untuk meneruskan penetapan harga siling ayam di pasaran. 

Sesi itu turut melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. 

Pertemuan dengan penggiat industri itu bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi
harga siling ayam yang akan ditetapkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah outlet
serbaneka keperluan rumah di Kuching.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail mengumumkan, kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.