Langkah kembalikan harga normal barang keperluan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, MAFI.

Timbalan Pengarah (Pencegahan), Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Aris Mamat berkata, setakat ini, harga barang makanan seperti sayur, ikan dan ayam tidak banyak beza seluruh negara.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak berlaku kenaikan harga disebabkan permintaan tinggi dan faktor cuaca. Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan harga barang di Pasar Awam Batu Pahat, Johor.

Pemantauan dibuat setiap hari bagi mengelakkan berlakunya peningkatan melampau harga barangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini