KPDNHEP beri jaminan tiada masalah dalam isu agihan bekalan minyak masak setakat ini. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, pihaknya telah melantik pengedar dan pengilang seluruh negara, untuk mengagihkan peruntukan 60,000 metrik tan minyak masak setiap bulan mengikut kuota yang ditetapkan.

Pihaknya giat melakukan pemantauan bagi memastikan bekalan minyak masak di setiap kawasan mencukupi dan mencari penyelesaian bagi isu berkaitan. Beliau berkata demikian ketika melawat Program Jualan Keluarga Malaysia di Paroi, Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini