33 aduan orang awam berkaitan kenaikan harga ayam diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP Johor, setakat hari ini.

Semua aduan sudah disiasat dan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga
dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. 

Pengarah KPDNHEP Johor, Hairul Anuar Bohro berkata, 4 ribu 487 premis, membabitkan  peruncit, pemborong dan pengeluar diperiksa sepanjang tempoh Penentuan Harga Maksimum (PHM) ayam dan telur sejak 5 Februari.

121 kes direkod  melibatkan kompaun  RM101,300.

Antara kesalahan, menjual melebihi harga kawalan ditetapkan, tidak meletakkan tanda harga jualan dan gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu.

Pemeriksaan akan terus ditingkatkan lebih-lebih lagi semasa isu kenaikan harga ayam ketika ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini