Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah beri jaminan bekalan makanan dan keperluan mencukupi sempena perayaan Deepavali ini.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan KPDNHEP Kedah, Romani Wan Salin berkata sebanyak 11 barangan dikawal harga di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) berkuatkuasa 1 hingga 7 November ini.

Beliau ditemui selepas membuat pemantauan harga bersama penguatkuasa KPDNHEP Kedah di Pasaraya Mydin di Sungai Petani. Katanya sebanyak 67,823 premis di negeri itu telah diperiksa sejak 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini