Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan membuka 16 kertas siasatan kes penyelewengan barangan kawalan bersubsidi minyak masakan sejak Mac lalu. Sebanyak enam kes dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan manakala 4 kes dikenakan kompaun sementara enam lagi, masih dalam siasatan. Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman menjelaskan, rata-rata pemborong dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (4) (a) dan (b) Akta Kawalan Bekalan 1961; gagal mengemukakan maklumat secara bertulis dan mengemukakan maklumat palsu. selain melanggar Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974; gagal menyelenggara buku stok. Bercakap pada sidang media di Pasir Mas, pihaknya juga berjaya menahan 3 kenderaan disyaki penyeludup yang mengisi minyak petrol ke dalam tangki tambahan bagi setiap kenderaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini