Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP akan melaksanakan kajian bagi mengoptimumkan subsidi minyak masak supaya agihan subsidi tersebut sampai ke golongan sasar.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kajian tersebut telah bermula Oktober lalu dan dijangka selesai tahun hadapan. Beliau berkata, kajian tersebut meliputi program subsidi utama di KPDNHEP, termasuk Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, Program Subsidi Tepung Gandum kegunaan am, Program Pengedaran Barang Perlu dan Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Datuk Seri Alexander menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini