Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali bermula 1 hingga 7 November.

11 jenis barangan tersenarai meliputi ayam, daging kambing, telur, tomato dan kelapa parut. 

Kenyataannya menyebut, penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa; selain mengambil kira pelbagai faktor menjelang Deepavali minggu depan.

Ia meliputi perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi
harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Sebarang aduan berkaitan isu harga boleh disalurkan kepada Skuad Tindakan Aduan Rakyat KPDNHEP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini