Pemantauan lebih kerap akan dilakukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka bagi memastikan bekalan ayam di negeri itu mencukupi.

Ia juga bagi memastikan tiada aktiviti menyorok bekalan oleh pembekal selepas skim harga kawalan bahan mentah itu berakhir hujung bulan ini.

Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem berkata, perbincangan bersama pembekal akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung bekalan dan harga ayam bermula 1 Julai nanti.
 
Pembekal ayam juga dinasihat tidak mengambil kesempatan dengan menjual ayam pada harga tidak munasabah sekaligus membebankan pengguna.
 
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu segmen Apa Khabau YB? di Melakafm.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini