Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir, agar mendapatkan bekalan barangan keperluan melalui pemborong.

Ini bagi mengelakkan bekalan keperluan asas terjejas sekiranya pembelian dibuat menerusi peruncit.

Dalam satu kenyataan, KPDNHEP menjelaskan pihaknya telah bersedia memastikan bekalan keperluan mencukupi dan mudah diperolehi oleh pengguna ketika musim banjir dan tengkujuh ini.

Pemantauan terhadap bekalan keperluan di seluruh negara juga dipertingkatkan menerusi pemeriksaan ke atas pengedar-pengedar yang telah dilantik.

KPDNHEP turut memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak melakukan aktiviti menyorok bekalan keperluan ketika musim banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini