Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan tiada syarikat atau industri menggunakan alasan kenaikan tarif elektrik untuk menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dan didapati cuba mengambil kesempatan atas situasi tersebut.

Azman berkata, perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar syarikat dan industri tidak terlalu besar sehingga membolehkan pihak berkenaan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini