Sebanyak 57 Notis dan 136 surat dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak kepada peniaga barangan keperluan yang disyaki mencatut di negeri itu. 

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati barangan keperluan pengguna seperti sayur-sayuran, ayam dan telur telah menunjukkan peningkatan harga di pasaran sejak beberapa minggu yang lalu.

Jelasnya, peningkatan harga barangan tersebut dipengaruhi di peringkat pengeluar termasuk keadaan cuaca semasa yang tidak menentu. 

Dalam pada itu, Saifullizan menyarankan kepada orang ramai untuk menggunakan aplikasi Price Catcher bagi menyemak harga barangan yang meliputi lebih 400 jenis barangan di pasaran.

Semua peniaga terlibat telah diberikan notis Pengesanan Maklumat Barangan dan Surat Pemberitahuan Semakan Harga Barangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini