Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak telah melakukan pemantauan ke atas 11 syarikat pengeluar telur ayam utama, termasuk peniaga runcit dan pemborong di negeri itu.

KPDNHEP Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemantauan mendapati harga telur ayam meningkat kira-kira tiga sen daripada harga asal. 

Punca kenaikan didapati berlaku di peringkat pengeluar ayam berikutan kos harga makanan haiwan ternakan berkenaan yang meningkat di pasaran dunia.
 
Berikutan itu, siasatan telah dilakukan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
 
Mana-mana individu atau syarikat yang melanggar undang-undang berkaitannya boleh dikenakan tindakan di bawah akta tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini