Mengupah pihak ketiga untuk menguruskan pemindahan minyak bersubsidi. Itu modus operandi untuk penyelewengan bahan tersebut di Pulau Pinang.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata aktiviti tersebut antara punca kekurangan minyak bersubsidi di negeri itu.
 
Beberapa aduan mengenainya diterima dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Tindakan tegas akan dikenakan kepada individu terbabit termasuk syarikat pemborong berlesen yang terlibat dengan aktiviti penyelewengan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini