Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan berkompromi dengan peniaga yang memanipulasi harga ayam melebihi harga maksimum ditetapkan.

Tegas Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, siasatan akan dijalankan terhadap peniaga yang secara terbuka menjual pada harga melebihi kadar kawalan iaitu RM8.90.

Tambah beliau, pihaknya akan menyiasat dakwaan peniaga yang memberikan alasan peningkatan harga ayam segar dari ladang ketika ini, berbanding penetapan RM5.60 sen sekilogram. 

Sehingga kini, 11,114 kes berkaitan ayam dan telur melibatkan kompaun berjumlah RM270,000 dikenakan, sejak 5 Februari lalu.
 
Datuk Rosol turut menasihatkan orang ramai menggunakan aplikasi ‘price catcher’ untuk membuat perbandingan harga bagi mendapatkan barangan pada harga yang lebih berpatutan.
 
Beliau kepada media selepas majlis perasmian program Jelajah Francais Bay Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini