13 aduan sorok barang kawalan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bermula Januari 2022 hingga Rabu lepas.

KPDNHEP memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan syarikat agar tidak terbabit atau bersubahat dengan melakukan aktiviti menyorok barang kawalan.

KPDNHEP menggerakkan 2,200 penguatkuasa di seluruh negara bagi membanteras aktiviti menyorok barang kawalan susulan pengumuman mengapungkan beberapa harga barang seperti ayam, telur ayam, dan minyak masak botol berkuatkuasa 1 Julai ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini