Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyediakan kediaman bagi golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, pada kadar sewa paling minimum, untuk tempoh dua tahun. Menurut Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, maklumat lanjut berhubung inisiatif itu, akan diumumkan Isnin ini, yang merupakan antara fokus utama beliau apabila menerajui KPKT.

Antara golongan yang bakal diberi perhatian, penjaja dan peniaga kecil serta penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR). Datuk Seri Reezal Merican mengadakan sidang media sulung sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di Putrajaya.

Beliau turut memaklumkan, Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK 2.0) akan diteruskan, dengan memfokuskan kepada penghuni PPR dan peniaga kecil di enam negeri yang kadar vaksinasinya rendah iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

Kementerian Kesihatan telah membekalkan 80,000 dos vaksin untuk program itu, dengan 33,000 golongan sasar di seluruh negara telah menerima suntikan setakat ini. Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi membincangkan tambahan bekalan, untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini