Sidang Dewan Negara.

Kajian Analisis Data Raya, BDA Perumahan, sedang dilaksana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mulai Februari lepas, bagi menangani isu hartanah siap yang tidak terjual di pasaran.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib menjelaskan hasil kajian dijangka siap Mei 2022, sekaligus membantu perolehan data berkaitan sektor perumahan negara.

Perolehan itu juga bakal digunakan untuk pembangunan sistem BDA Perumahan demi pembangunan sektor hartanah yang lestari dan efisyen.

Menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong, beliau menjelaskan KPKT juga sedang membangunkan aplikasi
‘Housing Integrated Management System’ (HIMS) untuk para pemaju perumahan mengumpulkan data untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan pemilikan rumah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini