Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  akan melaksanakan Inisiatif Transformasi Pasar Malam pada hujung bulan ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, inisiatif bertujuan tingkatkan keyakinan rakyat seperti saringan kesihatan peniaga dan pelanggan, penjarakan fizikal gerai-gerai, laluan sehala, dan penyeragaman pengoperasian pasar malam.

Bagi tujuan itu pasar malam di Putrajaya akan menjadi lokasi pertama sebelum di perluas ke seluruh negara.

Selain itu pihaknya juga akan memperkenalkan Marshal Pasar Malam yang melibatkan pemerkasaan komuniti serta penglibatan Pihat Berkuasa Tempatan

Ia bagi memastikan perjalanan operasi pasar malam berjalan dengan lancar.

Beliau ditemui selepas Perasmian Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) 2021 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini