25 panel berkepakaran dilantik hari ini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mereka yang dilantik merupakan individu serta pemain industri yang mempunyai pengalaman luas serta mendalam berkaitan sektor perumahan dalam negara secara menyeluruh.

Menurut Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pelantikan ini merupakan satu inisiatif strategik untuk menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran pelbagai pihak bagi membantu kerajaan melaksanakan dasar dan program perumahan yang terbaik untuk rakyat.

Melalui pelantikan ini, satu pendekatan baharu akan dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda.

Datuk Seri Reezal Merican turut menyatakan pelantikan panel berkepakaran ini bukti kesungguhan dan komitmen KPKT bagi menangani isu perumahan negara serta memastikan aksesibiliti perumahan kepada kumpulan sasar dapat dilaksanakan secara holistik bagi memenuhi aspirasi negara.

Antara yang menganggotai panel berkepakaran ini ialah Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Mantan Ketua Setiausaha KPKT, Tan Sri Arpah Abdul Razak dan Mantan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini