RM50 juta diperuntukan kepada 51 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan terjejas banjir di seluruh negara bagi kerja pembaikan kemudahan awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata peruntukan itu akan meningkat memandangkan masih ada negeri yang banjir belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata pada sidang media Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga akan mengadakan satu sidang media khas bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) minggu depan untuk memaklumkan angka keseluruhan peruntukan khususnya berhubung pembaikan serta pembinaan rumah baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini